January 9th, 2020

Gara-gara menggelar Elly Mazlein dengan panggilan janda ketika mengacarakan program hiburan Melodi hujung minggu lalu, Janna Nick dikecam teruk netizen. Mereka menyifatkannya sebagai kurang sensitif dan bermulut lancang. Bagaimanapun, dia sudah tampil memohon maaf di atas ketelanjurannya itu.

elly mazlein tidak marah dengan gelaran janda

Mengulas mengenai isu tersebut, Elly mengakui dia tidak menyimpan sebarang rasa dendam atau tidak puas hati dengan Janna. Menurut Elly, dia tahu apa yang diungkapkan Janna hanyalah sekadar gurauan sahaja kerana sudah lama mengenalinya.

Tiada sekelumit dendam atau terbit perasaan marah terhadap Janna. Janna sudah saya anggap seperti adik sendiri. Saya tahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

janna nick elly mazlein janda

Saya tak ambil hati pun. Lagipun dia sudah memohon maaf kepada saya sebaik program itu selesai.

Elly berharap perkara ini tidak perlu dipanjangkan lagi dan meminta agar netizen tidak terus menghentam Janna.

elly mazlein tidak marah dengan gelaran jandaDalam pada itu, Elly yang bakal berkahwin tidak lama lagi mengakui berasa sedih untuk untuk meninggalkan gelaran ‘janda’ setelah sekian lama hidup sebagai ibu tunggal. Namun, pada masa yang sama dia turut merasa teruja dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru sebagai seorang isteri.

Sumber Berita : Harian Metro


6 responses to “Elly Mazlein Tidak Marah Dengan Gelaran Janda”

  1. Anonymous says:

    dah mmg kenyataan dia janda…sooo netizen yang bodoh dan bangang kepochi nak mamposss

  2. Akak perati je kau ni says:

    Masalahnya kalau perempuan bercerai, kita nak kena panggil gelaran apa? Janda tu mmg dah terdaftar dlm dbp kut. Bukan istilah yg salah atau hina pun. Netizen ni je over.

  3. Anonymous says:

    JANA NICK NI BUDAK TAIK LAH APA DIA TAHU???

  4. Anonymous says:

    Ya Allah baiknya hati

  5. Peah says:

    BAGUS LE KAK LINA POM-POM NI

Loading...