Beberapa tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kini akui dia dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya. Hati sedang berbunga-bunga menyulam cinta.
Bakal menamatkan zaman janda pada tahun hadapan, Elly tidak kisah bakal suaminya itu 10 tahun lebih muda daripadanya. Apa yang membuatkan Elly terpikat pada kekasihnya adalah sifatnya yang matang dan juga pandai mengambil hati anak serta ayahnya.
Dia pun pandai ambil hati saya dan anak saya, Putri Sara Sefhia. Itu jugalah antara salah satu penguat cinta saya pada kekasih hati.
Dia juga sangat rapat dengan ayah saya. Dialah yang menjaga ayah saya sekarang dan ayah saya pun sayang sangat dengan dia. Ciri-ciri inilah penyebab kenapa saya pilih dia.
Bagaimanapun, buat masa ini Elly belum bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Dalam pada itu, Elly memberitahu dia dan bakal suami akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia mereka nanti.
Saya nak berterima kasih pada bakal suami kerana akan mengadakan lima majlis pada hari bahagia kami nanti.
Ia akan dimulai dengan upacara merisik dalam masa terdekat, ia diikuti dengan majlis bertunang, majlis berinai, majlis nikah sanding serta majlis menyambut menantu di Kelantan kelak.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.
Girl
September 5, 2019 at 2:27 pm
Makin hari makin aku suka tengok lakonan Elly Mazlein hahaha.. Kalu next drama couple kan dengan PU Azman pun ok jugak kan kan kan hehehe…
Anyway moga Elly & Sephia bahagia…
Anonymous
September 5, 2019 at 12:55 pm
Good luck sis as long tak mencaras suami or tunangan org kawen buat 7 hari 7 malam pun tak ape. Janji kite bina kebahagiaan sendiri bukan dari penderitaan org lain.
damai
September 5, 2019 at 12:25 pm
Since dia berlakon dgn Fasha Sanda dan Adi Putra, lupa tajuk dia, aku suka sgt lakonan dia, skg lagi dia bawa watak Kak Zaza best gitu, you deserve to be happy sis
Brunes
September 5, 2019 at 11:39 am
its ok kak lina pompom, nak buat 10 majlis back2back pun takpa.. you deserve it. yang penting bukan suami orang dan bukan orang yg tidak bertanggungjawab. all the best to you and sephia..
miowmiow
September 5, 2019 at 11:38 am
u deserve to be happy sis..