Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elly Mazlein Terus Pejuang Hak Anaknya, Tuntut Nafkah Tertunggak Daripada Bekas Suami

Sering memuat naik status serta hashtag berbaur sindiran terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memberitahu beliau sedikit pun tidak hirau dengan masyarakat yang mengkritik tindakannya itu.

Advertisement

Biarlah dianggap tidak matang sekalipun, Elly tetap tidak akan berhenti menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suaminya itu demi masa depan anak perempuan tercinta, Putri Sara Sefhia. Tambah Elly, Azmi bukan sahaja culas dengan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa tetapi sudah lama tidak menjenguk anak mereka.

Saya tidak pernah menghalang mereka berjumpa. Bagi saya, anak itu pembawa rezeki. Jika kita melaksanakan amanah Tuhan dengan baik, saya percaya pintu rezeki akan terbuka lebih luas. Itu yang cuba saya pertahankan.

Terdahulu,  Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah supaya Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober tahun lalu. Azmi dan Elly sah bercerai pada 15 Oktober 2015. Kemudian pengarah itu mendirikan rumah tangga bersama pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. Anna

    May 6, 2018 at 1:46 pm

    Ex husband Klina, sila byr nafkah yg tertunggak.. Klina contact je lawyer, takyah contact reporter .. Just take necessary action.

  2. Anonymous

    May 4, 2018 at 12:21 am

    Support kak lina!! Suka dengan cara kak lina lantang mengejar ex husband dia yg liat bayor ni…kejar je kak lina..takyah nak segan malu tu hak anak..yang patut segan malu si dia tu…suka skrg tgk kak lina aktif balik belakon n jadi pengacara even tho org ckp over ke apa ke..kak lina ada cara tersendiri..suka sgt! Go kak lina!

  3. me

    May 2, 2018 at 9:14 am

    kak lina pom pom
    sy pon alami benda yg sama mcm akk
    kalo ex x bayar xpe. dia lepas kat dunia,
    kat akhirat dia x lepas
    mmg la kita perjuangkan hak anak
    tp rezeki tu Allah yg bagi
    akk teruskan hidup mcm biasa. sy percaya akk lebih mampu berbanding single mom kat luar sana. jaga keluarga, jaga maruah diri yg lebih penting

  4. Sabar

    May 2, 2018 at 7:53 am

    Sebagai ibu kita kena perjuangkan untuk hak anak melalui saluran undang-undang. Sepatutnya masyarakat tidak boleh menghina ibu tunggal yang menuntut hak anak seperti Rita Rudaini dan Elly. Saya sendiri sebagai ibu tunggal berasa amat perit untuk membesarkan anak dalam keadaan ekonomi sekarang. Kadang-kadang kesian dengan anak bila meminta sesuatu tapi tidak mampu nak belikan sebab tidak cukup budget pada hal harga dalam lingkungan harga RM10. Yang saya utamakan perbelanjaan untuk pendidikan dan kesihatan anak. Sebagai mualaf dan ibu tunggal satu cabaran yang amat besar untuk memberi pendidikan agama. Bekas suami lepas tangan hingga tidak berhubung dengan anak. Ramai lagi ibu tunggal yang menderita di luar sana.

  5. Anonymous

    May 2, 2018 at 4:12 am

    Tetiba teringat Ude…eh?!

Loading...
To Top