Selepas lama terluka akibat daripada penceraian bersama pengarah Azmi Hatta dan lebih gemar menjalani hidup berdua bersama anaknya, Putri Sara Sefhia, kini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein sudah memula langkah untuk kembali membuka pintu hatinya menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya.
Menerusi muat naik terbarunya di Instagram, Elly menyertakan foto Sefhia memegang tangan seorang jejaka yang dikatakan Elly sebagai ‘papa baru’ anaknya dan teman lelakinya.
Ramai sungguh yang ingin mengetahui siapakah gerangan teman baru Elly itu yang sudah berjaya mencuri hatinya. Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka bersama.
Terdahulu, Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil.