Elly Mazlein Tak Berniat Sorok Wajah Anak, Lebih Selesa Tak Kongsi Di Media Sosial

Hiburan

Elly Mazlein Tak Berniat Sorok Wajah Anak, Lebih Selesa Tak Kongsi Di Media Sosial

Sejak mempunyai anak pertamanya, Putri Sara Sefhia Azmi, pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein dilihat begitu selesa dengan cara tidak mendedahkan wajah anak di media sosial.

Elly Mazlein
2 years ago

(TAHNIAH) Elly Mazlein Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Haider Mateen

Advertisement

Apabila mengumumkan kelahiran anak keduanya pada Oktober lalu, Elly juga masih menerapkan cara yang sama dengan menyorokkan wajah putera sulungnya yang diberi nama Haidar Mateen.

Susulan itu, ramai yang tertanya-tanya adakah perkara tersebut sengaja dilakukan oleh selebriti serba boleh itu terutama apabila yang berkait dengan anak-anaknya.

Saya tak sorok anak pun sebenarnya. Untuk baby ini kami ada eksklusif dan akan dikongsikan menerusi program MeleTOP.

Mengaku dia tidak berniat untuk menyorokkan wajah anak lelakinya, Elly lebih selesa tidak bersikap terbuka dalam berkongsi soal anak termasuk puteri sulungnya, Putri Sara Sefhia Azmi.

Elly Mazlein

Tambah Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dia percaya masing-masing ada cara tersendiri dalam menguruskan kehidupan dan juga media sosial.

Elly turut memberitahu yang dia sangat kagum dengan cara suaminya, Mohamad Azlan Che Nur dalam menguruskan anak sulung mereka kerana langsung tidak kekok menjaga bayi.

Bukan itu sahaja, Elly menambah yang suaminya langsung tidak nampak janggal untuk berjaga malam dan menolong membancuh susu malah dia akan uruskan segalanya jika Elly terlalu penat.

Sekadar info, Elly dan Mohamad Azlan telah mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...