June 25th, 2018

Setelah menghadapi pelbagai kemelut demi memperjuangkan hak anaknya sehingga dilabel sebagai seorang wanita yang ‘kuat meroyan’, penyanyi Elly Mazlein terbaru meluahkan rasa syukur kerana akhirnya bekas suami, Azmi Hatta sudi berkunjung ke rumahnya dan bertemu dengan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia.

Syukur alhamdulillah, Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat saya. Ini kerana Azmi sudi datang melawat anak kami. Ini yang saya tunggu-tunggu selama ini demi melihat kebahagiaan Sefhia dan hendak dia kenal siapa bapanya.

Selama ini, orang anggap saya ‘meroyan’ dan tak boleh ‘move on’ (teruskan hidup) selepas berpisah dengan Azmi.  Saya tak kisah apa orang anggap saya, sebab kebahagiaan ini yang saya mahukan demi anak.

Alhamdulillah, Azmi tadi datang bawa baju raya untuk Sefhia dan saya lihat anak kami pun gembira. Saya cuma berharap ikatan antara mereka terus kekal.

Bercerita mengenai pertemuan itu, Elly akui Azmi menitiskan air mata kerinduaan saat bertentangan mata dengan anak mereka. Dalam pada itu, Elly berharap agar bekas suaminya itu tidak lagi culas menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa terutama sekali berkaitan hal nafkah anak.

Elly enggan lagi perbalahan serta salah faham antara mereka berdua terus berlanjutan, beliau juga mahu berubah menjadi lebih baik untuk kebahagiaan anaknya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE


22 responses to “Elly Mazlein Syukur Bekas Suami Akhirnya Datang Jenguk Anak”

  1. anon says:

    Syukur ex datang sb dia ni rindukan si azmi, masih takleh nak move on. Tu yang suka sangat dapat tengok ex.

Loading...