Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila bertindak menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta menerusi beberapa hashtag di Instagram.
Elly jelas merasa tidak puas hati dan menuntut agar Azmi lebih bertanggungjawab dalam isu penjagaan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia yang kini sudah berusia 2 tahun dan turut menuntut pengarah tersebut untuk memberikan nafkah buat cahaya mata mereka.
Tindakan berani Elly itu mendapat pujian ramai kerana memperjuangkan hak anaknya.
Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika sedang hamil. Selepas itu, Azmi berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017 dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.