Nampaknya segala kemelut dan kontroversi antara Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta berkemungkinan sudah reda apabila Azmi telah melawat anak perempuan mereka, Putri Sarah Sefhia hari ini.
Elly sempat meluahkan rasa syukur menerusi akaun Instagramnya dan memaklumkan Azmi melawat Sefhia di kediaman penyanyi tersebut terletak di Cyberjaya.
Menurut Elly, Sefhia sedikit pun tidak menangis meskipun sudah lama tidak berjumpa dengan bapanya. Pada masa yang sama, Elly turut menegaskan agar bekas suaminya itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak mereka meskipun sedang hangat bercinta dengan Faye Kusairi.
Assalamualaikum.. Syukur hari ni 6 December Azmi hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia skrg ni di rumah sy , Cyberjaya .. Syukur Sefhia x menangis walaupun terlalu lama tidak Berjumpa dgn Bapa nya.. Moga Lawatan ini berterusan demi masa depan anak . Bercinta tiada salahnya, Asalkan Hak anak jgn di sia2kan.. Jangan di halang Bila Bapa ingin berjumpa dengan Anaknya & jangan terlalu Asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri .. Alhamdulillah.. Senyum Hati saya..
#LuasKanKasihSayang #HidupJanganDiBelengguDenganAmarah #PergilahSolat
Alhamdullillah jika segala salah faham dan sengketa sudah berakhir. Janganlah libatkan anak tidak berdosa dalam apa-apa masalah dan sama-sama berbaik demi menjaga Putri Sarah Sefhia. Bercerai tidak bermakna anak tidak dapat merasa kasih sayang seorang bapa.