Sejak minggu lepas, nama penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein kembali panas. Menerusi sebuah ruangan akhbar mingguan, Elly dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang tidak pula dinyatakan sebarang identiti.
Walaubagaimanapun, Elly lebih selesa untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai gosip hangat itu.
Namun, sebagai manusia biasa yang memerlukan teman, Elly akui pintu hatinya kini sudah terbuka untuk kembali bercinta dan tidak serik untuk berkahwin lagi meskipun pernah derita dan gagal dalam perkahwinan sebelum ini. Tidak perlu terdesak atau terburu-buru, Elly menyerahkan soal jodoh sebagai ketentuan Allah.
Saya tidak mahu komen mengenai isu tersebut, namun sebagai wanita dan manusia biasa, saya pun ada hati dan perasaan.
Andai ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, saya tidak menolak. Cuma buat masa sekarang fokus saya hanyalah untuk kerjaya seni dan membesarkan anak sebaik mungkin.
Wanita mana yang tidak memerlukan teman untuk mengisi rasa sunyi didalam hati. Kami doakan agar Elly Mazlein satu hari nanti bertemu dengan jodoh yang baik dan mencintai beliau seadanya.