Elly Mazlein Dedah Perkara Sebenar Dan Akan Tuntut Nafkah Anak

Hiburan

Elly Mazlein Dedah Perkara Sebenar Dan Akan Tuntut Nafkah Anak

Selepas Faye Kusairi mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bingung dengan sikap Elly Mazlein yang memarahi dirinya meskipun beliau bukan perampas, semalam Elly nampaknya telah memberikan respon beliau sendiri terhadap persoalan Faye.

Advertisement

Elly turut mendedahkan sikap buruk bekas suaminya, Azmi Hatta dan meluahkan betapa susahnya beliau menghadapi segalanya dari saat kelahiran anaknya sehinggalah hari ini.

Paling menyedihkan ketika beliau hendak bersalin, Elly terpaksa memandu kereta seorang diri untuk ke sebuah pusat perubatan tanpa bantuan sesiapa.

Bukan itu sahaja, Azmi tidak melawat anaknya yang terkena demam kuning dan ada satu masa Azmi sanggup menyebelahi Faye kononnya Elly menuduh wanita itu adalah punca mereka bercerai.

Berikut luahan penuh Elly di Instagramnya :-

Apa lg la ni .. hurmmmmmm.. Ok lah .. nanti tunggu saya akan  bercerita ya sepanjang mengandung selepas  berpisah,mengandung seorang diri ,pergi check up drive sendiri,mengidam beli sendiri ,tapi kebanyakkan abah yg belikan,hari nak bersalin saya drive sendiri ke hospital walaupun tanda bersalin dah ada ,doctor suruh masuk hospital,bekas lelaki suruh balik dulu.

Selepas bersalin malam tu terus bekas lelaki mengaku bercinta denga fake (Faye Kusairi). Seminggu saya di hospital Naluri nasib baik tak meroyan,anak sakit kuning  bapa tak peduli. Bapa datang melawat siap tunjuk kat saya pakai baju racing fake. nurse di Naluri yang kemas barang-barang saya.

Dalam berpantang saya di marahi bekas lelaki sebab fake marah kononnya saya yang menuduhnya kononnya dia punca saya berpisah, dalam berpantang saya sengaja di hentam hebat . Dalam berpantang saya di ugut akan di saman oleh fake, dalam berpantang saya tengok fake nangis-nangis dalam tv kononnya dia di aniaya..hurmmm manusia ini .. Dalam berpantang saya seorg diri menjaga sefhia yang ada masalah sakit kuning selama 1 bulan. Dalam berpantang saya bawa anak saya ke hospital Damansara Specialist.

Tambah Elly, sepanjang tempoh berpantang beliau menerima pelbagai hinaan dan kutukan.  Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Elly tetap akan menuntut nafkah anaknya.

Dalam berpantang saya di hina di zalimi di kutuk, dalam berpantang saya harung sendiri..saya telan .. saya mamah seorg diri .. bila dah sihat saya keluar mencari kerja .. saya buka buku acc untuk anak saya ,si bapa tak ambil peduli .. saya buatkn education plan untuk anak saya ,si bapa tak ambil peduli .. 12hb ni saya akn ke mahkamah rendah Sepang untuk tuntutan nafkah anak sy .. Doakan saya ya ..

#YaSayaTakAdaTwitter #TapiSayaAdaRamaiPengikutShareDenganSaya #YaSayaTakAdaFB #TapiSayaAdaRamaiPengikutShareDenganSaya

Setiap cerita itu pasti ada perkara yang kita tahu terjadi disebaliknya. Jika apa yang Elly Mazlein tulis ini adalah benar, kami harap janganlah diabaikan anak yang tidak mengetahui apa-apa hanya kerana wujudnya kemelut bersama bekas isteri. Wang, harta, wanita semua kita boleh cari tetapi anak tiada nilainya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...