Elly Mazlein Dah Mula Cuti Bersalin, Bakal Timang ‘Baby Boy’

Hiburan

Elly Mazlein Dah Mula Cuti Bersalin, Bakal Timang ‘Baby Boy’

Semakin tiba hari untuk menimang cahaya mata kedua, penyanyi Elly Mazlein baru-baru ini ada berkongsi perkembangan terkininya di Instagram untuk tatapan peminat.

Elly Mazlein suami
3 years ago

Berkorban Tempat Tidur, Elly Mazlein Terharu Sikap Anak Dan Suami

Advertisement

Ujar Elly yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina itu, dia sudah mula cuti bersalin dan tidak sabar untuk menanti hari kelahiran anak kedua yang diumumkan seorang bayi lelaki itu tidak lama sahaja lagi.

Terima kasih meleTOP sudi jemput Kak Lina malam tadi (kelmarin). Ada rezeki Insya-Allah kita jumpa tahun depan. Dengan ini, Kak Pom dah cuti rehat tunggu baby mama lahir di dunia. Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama.

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar urusan melahirkan anak keduanya itu kelak dipermudahkan dan selamat semuanya.

Sekadar info, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020.

Elly juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Putri Sara Sefhia,5, hasil perkongsian hidup bersama pengarah Azmi Hatta ketika perkahwinan pertamanya dulu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...