Elly Mazlein Bertunang Disember Ini

Hiburan

Elly Mazlein Bertunang Disember Ini

Selepas dirisik kekasihnya pada bulan lalu, penyanyi Elly Mazlein enggan lagi menunggu lama dan bakal melangsungkan majlis pertunangan pada pertengahan Disember ini.

elly mazlein

Advertisement

Menurut Elly, majlis tersebut akan diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja. Pihaknya akan mengumumkan tarikh pertunangan itu tidak lama lagi.

Insya-Allah, majlis pertunangan saya nanti akan berlangsung menjelang pertengahan Disember secara tertutup. Untuk majlis ini, saya akan raikan bersama keluarga dan rakan media.

elly mazlein bertunang

Insya-Allah, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan dalam skala lebih besar dan diraikan bersama keluarga serta rakan. Saya akan maklumkan apabila semua persediaan sudah lengkap dan muktamad.

Ditanya adakah dia akan mendedahkan wajah dan memperkenalkan kekasihnya yang dikenali sebagai Azlan pada hari pertunangan itu, Elly enggan memberikan komen lanjut dan masih lagi berahsia mengenainya.

elly mazlein bertunangMengimpikan sebuah majlis yang meriah, selepas majlis pertunangan itu, akan ada tiga lagi  majlis lain yang akan menyusul iaitu majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi yang melengkapkan lima majlis impiannya.

Tahniah kami ucapkan kepada Elly Mazlein dan kekasih. Semoga segala urusan dan persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...