November 18th, 2016

Melalui episod penceraian yang penuh dengan kontroversi, penyanyi serta pelakon Elly Mazlein belum terfikir untuk mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya dan memberikan fokus untuk membesarkan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.

Selepas apa yang saya lalui sebelum ini saya belum terfikir tentang mencari pengganti tambahan pula anak saya masih kecil dan memerlukan perhatian. Jika bercinta nanti memerlukan komitmen yang tinggi dan saya tidak mahu mengabaikan anak.

Biarlah dahulu lagipun saya pernah merasai perasaan disayangi, bercinta, berkahwin dan bercerai, ia bukan satu keutamaan buat masa ini.

Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sejak bergelar ibu dan kemunculannya dalam GV3, Elly akui dirinya agak sibuk. Walaubagaimanapun, Elly tidak pernah berpisah dengan anaknya dan sering membawa Sara ke mana sahaja.

Sekarang ini jika saya hendak pergi kerja dan terpaksa tinggalkannya saya terpaksa menyorok kerana dia mula merengek dan enggan berenggang dengan saya. Sebab itu jika boleh saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi kerana tidak mahu jadikan alasan kesibukan saya untuk mengabaikannya.

Alhamdulillah setakat ini saya memang selalu bawa dia ke mana sahaja. Bapa dan pembantu juga banyak membantu saya menjaganya.

Elly Mazlein dan pengarah drama, Azmi  Hatta berkahwi pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Ketika itu Elly sedang hamil empat bulan.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...