Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

Hiburan

Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

Mendedahkan dirinya sempat menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah pada awal bulan lalu, pelakon Elly Mazlein akui terkilan dan sedih apabila tidak kesampaian untuk memenuhi permintaan arwah untuk makan Kari Kepala Ikan.

Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

Advertisement

Beliau yang pada ketika itu menjemput pelakon itu hadir ke rumah untuk menajmu selera sekadar hanya mampu merancang kerana tidak sempat merealisasikan perancangan tersebut.

“Sharifah sempat tanya, ayah nak makan apa, nanti Sharifah masak.. Ayah cakap nak makan Kari Kepala Ikan. Ok nanti ayah datang rumah Sharifah, Sharifah masak untuk ayah. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Sedih tak sempat nak masak untuk ayah.”

Bagaimanapun, Elly memaklumkan beliau tetap akan menunaikan janji untuk melawat arwah seperti mana yang diberitahu kepada anak arwah dahulu.

Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

“Sebenarnya dah bagi tau Zarith (anak ayah Abu Bakar Juah) yang Sharifah janji nak datang hari ini ziarah ayah, tapi Allah lebih sayangkan ayah. Ayah tunggu ya.. Sharifah datang sekarang nak tengok ayah buat kali terakhir dan seperti mana yang Sharifah janji nak datang hari ini. Al-Fatihah buat ayah.”

Terdahulu, Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.35 petang di kediamannya Sabtu lalu.

Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

Untuk rekod, Abu Bakar disahkan menghidap kanser usus pada 2016. Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada cengkaman kanser. Namun awal tahun ini, pihak hospital mengesahkan penyakit yang dihadapi kembali menyerang, malah lebih agresif hingga sudah merebak ke hati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...