Elly Ariffin Dedah Pernah Jadi Mangsa Cabul Ustaz Kenalan Keluarga – “Dia Sentuh & Seluk Atas Bawah, Takde Lapik”

Hiburan

Elly Ariffin Dedah Pernah Jadi Mangsa Cabul Ustaz Kenalan Keluarga – “Dia Sentuh & Seluk Atas Bawah, Takde Lapik”

Pengacara Elly Ariffin berkongsi pengalamannya sebelum ini menjadi mangsa gangguan seksual seorang individu bergelar ustaz ketika mahu berubat.

Menerusi temu bual, Elly mendedahkan episod hitam itu berlaku pada dua tahun yang lalu namun sehingga kini dia masih belum melupakan kejadian tersebut.

Advertisement

 

Dicabul ustaz kenalan keluarga

Pengacara berusia 34 tahun itu berkata, pada tahun 2022 dia telah berjumpa dengan ustaz terbabit untuk tujuan berubat dan individu tersebut memang seseorang yang rapat dengan keluarganya dan sangat dipercayai.

Memang tak terfikir pun akan berlaku kejadian tak elok. Mak saya suruh berjumpa untuk berubat dan ketika itu saya datang seorang diri, saya pakai baju sweater dua lapis dan seluar besar, takde ketat ketat.

elly ariffin

 

Raba dan seluk tangan

Ujar Elly lagi, ketika berubat itu dia meminum air yang telah dibacakan ayat suci oleh ustaz tersebut namun kemudian dia berada dalam keadaan separuh sedar.

Dalam keadaan separuh sedar tiba-tiba saya dapat rasa tangan dia tengah meraba saya pada bahagian atas dan bahagian bawah, alat sulit saya. Dia sentuh dan seluk kat bahagian dalam takde lapik, dia dah seluk dalam skin to skin. Tiga kali dia buat.

Tambah Elly, sewaktu kejadian itu berlaku dia tidak mampu untuk terus melawan dan terpaksa menolak kelakukan ustaz terbabit secara perlahan-lahan.

Lebih menyakitkan hati, sebelum Elly pulang ustaz tersebut sempat berpesan beberapa kali supaya dia tidak menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya.

Jangan cerita dekat mak tentang cara perubatan saya ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

 

Buat laporan tapi pihak berkuasa acuh tak acuh

Bukan itu sahaja, Elly turut mendakwa ketika dia membuat laporan di balai, pihak polis hanya bersikap acuh tak acuh dan reaksi mereka mengecewakannya.

Mereka (polis) seolah-olah menganggap insiden cabul saya ini seperti tidak serius. Saya kecewa sebab kes kena cabul ini bukan benda yang perlu diambil remeh, namun saya dapat reaksi sebegini.

Bagaimanapun, menurutnya kes itu telah selesai di mahkamah selepas ustaz tersebut mengaku bersalah atas kesalahan mencabul dan dikenakan denda.

Meskipun begitu, Elly akui menyimpan dendam malah masih berasa trauma dan akan menggigil apabila teringatkan kejadian hitam tersebut.

Ara
10 months ago

“Dia Memang Cium Bersungguh” - Ara Johari Trauma Dicabul Peminat ‘Fanatik’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...