Elliza Razak Kongsi Kisah Hidup, Dedah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga – “Saya Pernah Ditolak, Ditampar, Diheret Keluar Bilik Masa Mengandung..”

Hiburan

Elliza Razak Kongsi Kisah Hidup, Dedah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga – “Saya Pernah Ditolak, Ditampar, Diheret Keluar Bilik Masa Mengandung..”

Selebriti dan bekas peserta rancangan realiti TV, Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Elliza Razak baru-baru ini telah berkongsi pengalaman pahitnya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Jadi mangsa keganasan rumah tangga

Menerusi laporan Harian Metro, Elliza memberitahu perkahwinannya yang terbina sejak 2011 hingga tahun lalu menyaksikan dirinya berdepan dengan pelbagai tekanan emosi, termasuklah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan bekas suami.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elliza Razak (@ellizarazak)

Mak saya pernah pesan, kalau Elliza boleh ubah dia, besar pahala. Saya pegang kata-kata tu. Saya bertahan sebab taknak kecewakan mak dan ayah. Keluarga pun tahu saya tak bahagia tapi saya teruskan juga.

 

Saya cuba baiki. Kalau boleh perbaiki, kita baiki. Tapi, manusia hanya boleh ubah diri sendiri. Kita tak boleh ubah orang lain.

Meskipun tersingkir awal dari program AF3, Elliza mula menonjol menerusi bidang lakonan apabila diberi peluang membintangi beberapa drama popular seperti Impian Ilyana, Prebet Jamilah dan Kisah Kaisara.

Sebenarnya saya cuma teman kawan pergi ‘casting’, tapi rezeki saya pula yang dipilih berlakon. Selepas berkahwin, saya undur diri dari dunia seni untuk beri tumpuan kepada keluarga.

Emosi anak terganggu

Berkongsi lanjut, Elliza kemudiannya perlahan-lahan menghilang daripada industri seni, malah lebih memilukan apabila dia berdepan dengan episod keganasan rumah tangga yang bermula sekitar tahun keempat perkahwinan mereka dan disaksikan oleh anaknya.

elliza razak

Saya pernah ditolak, ditampar, heret keluar bilik masa mengandung anak kedua. Anak saya nampak. Dia menjerit tengok saya kena. Sampai sekarang saya masih teringat jeritan dia. Keganasan itu bermula sekitar 2015 dan berlarutan hingga tahun lalu.

 

Saya simpan semuanya sendiri. Saya tak buat laporan polis sebab fikir anak-anak. Saya tak nak mereka hidup tanpa ayah. Saya fikir hati semua orang, tapi saya lupa diri saya sendiri.

Pelakon itu turut memberitahu anak-anaknya juga terkesan sehingga emosi mereka terganggu dan menjadi terlalu sensitif terhadap suara orang dewasa. Perkara itu menjadi titik akhir untuknya sebelum memfailkan penceraian.

Selepas berpisah, pelakon itu turut melalui fasa pemulihan sukar akibat simptom trauma dan ‘anxiety’, namun tekad bangkit demi masa depan yang lebih tenang bersama anak-anak.

Sekadar info, Elliza berkahwin pada 11 November 2011 dan disahkan bercerai pada Februari lalu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

beego nafi pukul linda
4 months ago

"Keganasan Rumah Tangga Itu Tidak Pernah Berlaku" - Beego Nafi Pukul Linda, Enggan Cerai Kali Ketiga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...