Elliot Rodger Bunuh Enam Pelajar Kerana Disisihkan

Trending

Elliot Rodger Bunuh Enam Pelajar Kerana Disisihkan

Pihak berkuasa semalam telah mengenal pasti Elliot Rodger, 22, sebagai penembak dalam satu kejadian menembak setelah memandu di Universiti California, Santa Barbara di mana dia belajar. Rodger nampaknya perlu menyelesaikan satu isu dengan populasi pelajar di bandar kolej yang popular itu Sabtu lepas.

Advertisement

Enam orang terbunuh dan tujuh lagi tercedera. Walaupun Rodger tidak terselamat dalam kejadian tembak-menembak dengan polis, dia ‘hidup’ dalam video yang menjadi viral di YouTube, bertajuk ‘Pembalasan Elliot Rodger’ (Elliot Rodger’s Retribution), di mana dia menerangkan yang dia membalas dendam kepada ‘gadis-gadis cantik Santa Barbara’ kerana menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya sejak dia akil baligh lapan tahun lepas.

Sejak lapan tahun lepas, sejak saya cukup umur, saya dipaksa hidup dalam kesepian, ditolak dan keinginan saya tidak dipenuhi, kerana tidak ada gadis yang tertarik dengan saya. Gadis memberikan perhatian, cinta dan seks kepada lelaki lain, tidak pada saya.

Dalam video itu, Rodger yang berada dalam kereta BMW turut meluahkan kemarahan kerana masih teruna walaupun dia dianggap ‘lelaki sempurna’.

Saya tak tahu kenapa kamu semua (gadis cantik) tidak tertarik pada saya, tetapi saya akan hukum kamu semua kerananya. Zaman kolej ialah di mana semua orang mengalami perkara seperti melakukan seks dan berseronok. Tetapi di kolej saya mereput dalam kesepian, ia tidak adil.

Elliot Rodger, seorang pelajar di Santa Barbara City College, telah memuat naik beberapa video beberapa bulan lepas tentang kesepian yang dirasakan, dan bagaimana gadis tidak mahukan dia walaupun dia kaya dan bergaya.


Menurut Forbes, Elliot turut menceritakan kekecewaannya tentang dia tidak ada kawan perempuan di forum internet untuk ahli bina badan dan forum memikat wanita. Seorang penulis Daily Kos menyalahkan satu forum memikat wanita yang dilawati oleh Elliot kerana mempengaruhi Elliot kepada ‘psikopati dan pembunuhan’, sambil menyatakan Elliot melanggan tiga rangkaian YouTube yang memberi nasihat mengenai cara memikat wanita dan menjadi ‘lelaki alfa’.

Dari mendapatkan bantuan psikologi, dia merapati ‘pergerakan hak-hak lelaki’; dan Elliot bertindak kerana ‘pengaruh kebencian mereka terhadap wanita’.

Melalui penilaian terhadap akaun media sosial Elliot, pelajar itu seorang yang suka menyendiri dan mengalami masalah untuk bergaul dengan pelajar-pelajar lain di bandar kolej terkenal tempat dia tinggal. Facebook Elliot penuh dengan selfie dan gambar kehidupannya yang kaya tetapi sepi. Ada satu gambar selfie dirinya sedang terbang dalam kelas pertama satu pesawat dan menghadiri satu konsert eksklusif yang dianjurkan oleh Katy Perry, dan bersama ibu bapanya hadir ke majlis tayangan perdana filem the Hunger Games pada tahun 2012 (bapanya ialah pembantu pengarah filem itu).

Elliot kelihatan seperti obses dengan dirinya sendiri dan menayang kehidupan mewah di Facebook. Bagaimanapun, tidak ramai yang memberi perhatian.
elliot-rodger-6 (1)

Youtube ialah saluran bagi Elliot melepaskan segala rasa marah, kecewa dan cemburu. Dalam satu mesej yang dimuat naik ke Youtube, Elliot berkata:-

Pada hari pembalasan, saya akan masuk ke satu rumah sororiti paling popular di UCSB dan saya akan bunuh semua gadis yang terlebih manja, sombong dan berambut perang di situ. Semua gadis yang saya inginkan selama ini. Mereka semua telah menolak saya dan memandang rendah pada saya, dalam masa yang sama mereka melompat untuk bersama lelaki-lelaki biadap.

Dia menyambung:

Saya seronok dapat membunuh kamu semua. Kamu semua akan lihat yang akhirnya apa yang benar ialah saya lebih bagus dari kamu, saya lelaki alfa yang paling tulen. Saya akan ke Isla Vista dan bunuh setiap orang yang saya lihat di sana. Semua budak-budak popular yang hidup gembira dan seronok sedangkan saya mereput selama ini…sekarang saya bagaikan dewa berbanding kamu, kamu semua akan jadi binatang dan saya akan bunuh kamu seperti binatang. Saya akan jadi dewa yang membalas dendam pada semua yang layak, dan kamu semua layak dibunuh kerana jenayah kamu ialah hidup kamu lebih baik dari saya.

Penulisan, video dan mesej yang ditinggal oleh Elliot Rodger memberi gambaran tentang seorang pemuda yang berada pada puncak kehidupan dan memiliki segala dengan nilai material di hujung jari, namun gagal menemui keamanan dan kegembiraan dalam kehidupannya.

Laporan asal: Inquistr

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...