Hadir sebagai penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, kekecohan dan provokasi yang dilakukan oleh pelakon Ellie Suriaty mendapat kritikan serta menimbulkan pelbagai spekulasi. Selain dilabelkan sebagai ‘macai’, ada juga pihak yang mendakwa mungkin Ellie diupah untuk bermati-matian menyokong bekas PM itu selain mempunyai niat tertentu demi kepentingan dirinya.
Walaubagaimanapun, Ellie menafikan dirinya seorang yang mudah ‘dibeli’ dengan wang ringgit dan menjelaskan apa yang beliau lakukan adalah untuk menegakkan keadilan. Ellie tidak pernah mengharapkan sebarang balasan.
Apa yang berlaku di mahkamah itu bukan pakatan atau rancangan, semua yang ada di sana ada perasaan yang sama. Kami tidak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil duit, makan dedak atau sebagainya. Saya bukan orang yang boleh dibeli.
Ellie berkata beliau bimbang dengan nasib bangsa Melayu dibawah kepimpinan kerajaan baharu. Dalam pada itu, Ellie memberitahu beliau menyokong Najib dan UMNO selepas kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU 14 lalu.