September 14th, 2020

Berang dengan tindakan seorang wanita yang mengganggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam, pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty tampil mendedahkan perkara itu menerusi sebuah posting di laman facebook miliknya kepada umum.

Ellie Suriaty Mengamuk Selepas Tahu Suaminya Sering Diganggu Wanita Tengah-Tengah Malam

Menurutnya, wanita terbabit khabarnya sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.

Ellie Suriaty Mengamuk Selepas Tahu Suaminya Sering Diganggu Wanita Tengah-Tengah Malam

“Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya? Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami?

Ujar Ellie, perkara itu seakan timbul tanda tanya dan syak wasangka mengapa suaminya sering dihubungi wanita berkenaan. Malah tidak ketinggalan menegaskan adakah wanita tersebut mahu bersemuka dengannya.

Ellie Suriaty Mengamuk Selepas Tahu Suaminya Sering Diganggu Wanita Tengah-Tengah Malam

“Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu? Dah nak mampos sangat ker sampai kau terdesak tengah-tengah malam?”

Terdahulu, Ellie turut menghantar pelawaan untuk menjadi senarai kenalan di Facebook wanita terbabit namun tiada maklum balas.

Ellie Suriaty Mengamuk Selepas Tahu Suaminya Sering Diganggu Wanita Tengah-Tengah MalamJusteru, pemenang Anugerah Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) menerusi filem Penanggal itu bagaiamanapun tampil menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya agar tidak mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.


One response to “Ellie Suriaty Mengamuk Selepas Tahu Suaminya Sering Diganggu Wanita Tengah-Tengah Malam”

  1. Elliza Razak says:

    TABIK DENGAN DIA! SI CALON PEREMPUAN JALANG PATUT DIMARAHI!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...