Ellie Suriaty Buat Laporan Polis Terhadap Imran Bard, Tuntut Ibu Bapa Mohon Maaf

Hiburan

Ellie Suriaty Buat Laporan Polis Terhadap Imran Bard, Tuntut Ibu Bapa Mohon Maaf

Pelakon, Ellie Suriaty memaklumkan dia telah membuat laporan polis terhadap pempengaruh terkenal, Imran Bard, kerana telah mencemarkan namanya dalam salah satu kandungan di platform TikTok miliknya.

Memetik laporan Astro Gempak, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar dengan tegas memberi peringatan dan tidak menolak untuk mengambil tindakan saman selain memanjangkan laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

Advertisement

ellie suriaty

Walau bagaimanapun, pelakon itu berpendapat nilai saman yang mungkin dibuat tidak mungkin sama dengan hancurnya maruah dirinya sebagai seorang anak seni.

Saya dah bincang dengan peguam dan ada beberapa perkara yang dia lakukan boleh dikenakan saman.

 

Tapi berapa nilai saman? RM3 juta ke? Ia tak ternilai dengan bakat yang Allah kurniakan kepada saya.

 

Apa yang dia buat telah mencemarkan nama saya. Maruah saya tercalar dan saya rasa terhina.

Kata Ellie, biarpun kandungan itu dalam nada jenaka, dia menganggap ia tidak wajar kerana nama ‘Ellie Suriaty’ itu sudah dikenali ramai.

ellie suriaty

Dalam pada itu, pelakon itu turut menuntut ibu bapa kepada pempengaruh itu untuk tampil memohon maaf.

Dia turut menjelaskan dia tidak akan memaafkan pempengaruh itu kerana ia memberi kesan kepada kedua anaknya iaitu Azrell dan Azreen.

Terdahulu, pelakon itu membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Klang pada Ahad lalu.

Isu ini mula timbul apabila Imran sengaja membuat kandungan media sosial berbentuk video parodi dengan menyebut nama Ellie menggunakan bahan terlarang.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

imran bard beri minum anak khinzir
1 month ago

Imran Bard Terkilan Dilabel Liberal & Murtad Sebab Bagi Minum Kepada Anak Khinzir - "Ustaz Kata Tak Dosa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...