Ella Sudah Bersedia Untuk Berhijab Bila-Bila Masa

Hiburan

Ella Sudah Bersedia Untuk Berhijab Bila-Bila Masa

Alhamdulillah. Abang Nara perhatikan ramai selebriti wanita yang selepas berkahwin akan berubah daripada segi menutup aurat. Sesungguhnya itu menunjukkan betapa dalamnya rasa hormat mereka terhadap suami tercinta. Terbaru, Ella turut memberitahu yang dirinya sudah bersedia untuk berhijab pada bila-bila masa. Tahniah Ella dan suami!!!

ella sedia pakai tudung

Advertisement

Kata Ella kepada portal GUA:-

Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah. Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja

ella

Pastinya Ella akan tampak lebih manis dan menawan apabila berhijab kelak. Sama-samalah kita doakan agar niat Ella ini dipermudahkan. Abang Nara percaya apabila Ella mengikuti suruhan yang ini, pasti akan dimurahkan rezeki, lebih-lebih bab menimang anak. Ella sendiri pun sedang giat mencuba untuk mendapatkan zuriat sendiri:-

Tidak dinafikan sejak kahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya mengenai perkara ini dan anggap ia sebagai satu doa. InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak.

Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan-rakan artis seperti Umie Aida dan Misha Omar macam seronok saja ada anak angkat. Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat

ella hijab

Semoga Ella dan suami akan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata kelak. Sama-samalah kita doakan. Apa pun, semoga perubahan Ela nanti akan dilaksanakan secepat mungkin. Tak sabar nak tengok wajah Ella yang ayu bertambah ayu apabila memakai tudung. Mesti comel!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...