Sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi popular Ella juga mahu mempunyai cahaya mata beliau sendiri bersama suami Azhar. Mengakui pernah menjalani rawatan kesuburan untuk mendapatkan zuriat sebelum ini, Ella percaya bahawa rezeki mereka pasti akan hadir satu hari nanti asalkan tidak pernah berputus asa.
Seperti pasangan lain yang sudah berumahtangga, kami juga melakukan beberapa ikhtiar namun rezeki kami masih belum menyebelahi. Kami pernah menjalani rawatan (kesuburan) secara klinikal, namun selebihnya saya dan suami berserah pada Allah.
Siapa yang tidak ingin cahaya mata sebagai penyambung zuriat? Tambahan pula kami datang daripada keluarga yang besar.
Ella juga turut mengamalkan petua memakan makanan sunah dan mengikuti beberapa saranan doktor mengenai makanan yang baik untuk beliau amalkan.
Kini saya mengamalkan makanan sunah dan mengikut saranan doktor yang memberi sedikit informasi mengenai makanan yang elok untuk diamalkan. Sememangnya saya dan suami sentiasa berusaha dan doakan moga kami cepat menerima cahaya mata, InsyaAllah.
Berkat kesabaran dan sikap untuk tidak berputus asa Ella dan suami pasti satu hari nanti hasrat mereka untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan. Kami doakan agar anda berdua terus berusaha dan menyayangi di antara satu sama lain.