Ella Akui Covid-19 Beri Kesan Terhadap Kesihatan Mentalnya

Hiburan

Ella Akui Covid-19 Beri Kesan Terhadap Kesihatan Mentalnya

Penyanyi rock lagenda, Ella Aminuddin mengakui bahawa pandemik Covid-19 yang melanda dunia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.

Kaka Azraff
2 minggu lalu

Hajat Kaka Azraff Mahu Duet Satu Pentas Dengan Ella Akhirnya Tercapai

Advertisement

Bukan itu sahaja, Ella turut memaklumkan yang dia turut menolak undangan membuat persembahan dan perlu mengambil masa untuk kembali aktif bertemu dengan peminat.

Ella juga sempat menyeru kepada orang ramai yang berdepan dengan masalah mental supaya tampil mendapatkan bantuan daripada pakar agar tidak lagi dibelenggu perkara tersebut.

Advertisement

Mungkin saya sebenarnya sudah lama mengalami masalah anxiety cuma menganggapnya sebagai perkara mudah saja.

Tambah Ella, masalah anxiety yang dihadapinya itu tidaklah sehingga hendak mencederakan diri sendiri tetapi hanya mempunyai masalah untuk berdepan serta membuat persembahan di depan orang ramai.

Menurut Ella, dia tidak memikirkan mengenai kerjaya dan kewangan tetapi sebaliknya memilih untuk duduk di rumah kerana sedar yang perkara tersebut bukan boleh dibawa main.

Ella

Ujar Ella lagi, tangannya menggigil dan otak menjadi kosong sehingga rasa seperti tidak dapat berbuat apa-apa ketika dia diserang masalah tersebut.

Namun, Ella tetap mengucapkan rasa syukur kerana dia kini semakin dapat mengawal masalah anxiety tersebut dengan bantuan makanan tambahan yang diasaskan daripada bahan semulajadi.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Haji Aminuddin sempat menyeru kepada individu yang mengalami masalah sepertinya itu untuk bersifat lebih terbuka mengenai masalah tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...