Sudah pun bergelar isteri, Elizabeth Tan nampaknya lebih senang menghabiskan masanya bersama suami namun kekal berinteraksi dengan peminat menerusi laman Instagram miliknya.
Pun begitu, penyanyi wanita ini peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Melihatkan ramai yang memerlukan bantuan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini, Elizabeth yang mesra dipanggil Lizzy meminta sesiapa yang terjejas untuk menghubunginya.
“Saya nak cuba membantu sesiapa yang memerlukan. Jadi saya ambil keputusan untuk sumbang 50 peratus daripada pendapatan bulan ini bagi membantu anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hantar mesej peribadi (DM) di akaun Instagram beserta nombor akaun bank anda.”
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia memohon maaf kerana tidak mampu meringankan beban semua orang dan meminta kerjasama sesiapa yang memerlukan bantuan supaya bersikap jujur.
“Tapi saya minta maaf kerana tak dapat dan tak mampu nak bantu semua orang. Jadi saya minta anda semua untuk jujur sebab banyak sangat keluarga yang tak cukup makan sekarang ini. Jadi tolong jangan ambil hak mereka.”
Hal ini supaya bantuan itu dapat diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.