Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elizabeth Tan & Suami Tidak Tinggal Sekali?

Sepertimana semua tahu, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan sudahpun bergelar isteri kepada ahli pernigaan, Siew Jim pada 20 Mac lalu.

Elizabeth Tan meluahkan rasa sedih apabila hari demi hari, pengikutnya di Instagram hilang beratus setiap hari. Adakah kebanyakan lelaki diluar sana patah hati dan unfollow Lizzy disebabkan dia telah berkahwin?

Advertisement

Ia membuatkan saya sangat sedih. Bayangkan, beratus-ratus ‘unfollow’ setiap hari disebabkan saya berkahwin.

Saya tak sangka ugutan peminat untuk ‘unfollow’ saya dalam IG adalah serius. Biarpun bergelar isteri, tetapi tiada banyak yang mengubah hidup saya.

Lizzy juga menyatakan bahawa dia dan suaminya tidak tinggal bersama memandangkan kedua-dua mereka masih lagi belum bersedia untuk berjauhan dengan keluarga.

Suami memilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia meninggalkan ibu saya.

Dari awal perkahwinan, kami sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan. Kami hanya akan berjumpa apabila perlu. Mungkin seminggu atau dua minggu sekali.

Saya seronok dengan kehidupan seperti ini, sekurang-kurangnya saya dan suami mempunyai ruang sendiri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. tecit

    May 18, 2021 at 10:44 am

    lorrr. biar betikk. klu tinggal asing2 baik xyah kawen dlu tehehe. tp xpelah bagus la gitu. at least klu jmpe tu bile bermanje2 dah halal. org kate nampak lebih manis la klu nampak berdua sbb dah kawen. xdela usung ank dara org sane sini gitu2 aje kann. huhuhuhu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top