Elizabeth Tan Mohon Maaf Batalkan Persembahan Pada Saat Akhir

Hiburan

Elizabeth Tan Mohon Maaf Batalkan Persembahan Pada Saat Akhir

Beberapa ketika ini nama Elizabeth Tan menjadi bualan sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan beliau yang telah membatalkan undangan persembahan pada saat akhir meskipun pihak penganjur telah diberitahu mengenai punca sebenar isu tersebut.

Advertisement

Elizabeth dalam kenyataan beliau kepada mStar Online berkata,  beliau bukan sengaja ingin menimbulkan masalah tetapi beliau tidak dapat membuat persembahan kerana masalah kesihatan.

Mereka ada bertanya kenapa tidak memberitahu seminggu awal untuk membatalkan persembahan tersebut tetapi soal kesihatan bukannya saya dapat kawal bila ia akan berlaku. Benar, saya ambil keputusan untuk menarik diri daripada semua persembahan yang ada pada hari tersebut kerana kesihatan saya tertanggu.

Suara juga tidak keluar dan tidak sedap untuk didengar. Jujur saya katakan, saya bukan sengaja membatalkan persembahan tersebut dan saya sendiri kesal tetapi keadaan memaksa dan turut mendapat cuti sakit dari doktor.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Knock Knock itu juga didakwa menarik diri selepas menerima wang deposit daripada pihak penganjur. Elizabeth bagaimanapun tidak mengetahui mengenai hal tersebut kerana ia diuruskan oleh pihak pengurusannya dan berharap agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Saya berharap kejadian serupa tidak akan berulang pada masa hadapan melainkan kalau saya jatuh sakit saya perlu mementingkan kesihatan terlebih dahulu berbanding perkara lain.

Manusia itu bukan robot pasti satu hari akan ditimpa sakit jua. Elizabeth Tan pun sudah memohon maaf bukan jadi tidak perlu burukkan lagi namanya. Masalah kesihatan bukan kita dapat jangka bila ia akan tiba.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...