Ketika ini memang hangat diperkatakan tentang isu orang ketiga atau gelaran diberikan oleh warga maya kepada wanita yang merampas suami orang lain, ‘penyondol’.
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan baru-baru ini mendedahkan bahawa suaminya, Dr Siew Jim pernah diganggu orang ketiga pada awal perkahwinan mereka.
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, seorang wanita telah menghantar direct message (DM) kepada suaminya dan mengajak untuk berjumpa pada jam 3 pagi.
Bagaimanapun, kata Elizabeth atau mesra dipanggil Lizzy suaminya bersikap jujur dengan memaklumkan tentang hal itu kepadanya dan isu tersebut diselesaikan dengan cepat.
Wanita itu juga tidak berani menghubungi suami saya lagi sampai sekarang.”
Lizzy berkata suaminya sangat memahami karier seni yang diceburinya dan tidak cemburu membuatkan dia banyak bergaul dengan pelakon lelaki di lokasi penggambaran.
Begitu juga dirinya yang tidak mengongkong suami untuk berjumpa dengan rakan-rakan wanitanya di luar namun sering mengingatkan agar sentiasa menjaga batasan dan pergaulan.
Tambah Lizzy lagi, disebabkan saling jujur dan percaya antara satu sama lain, mereka berdua kekal bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada dua tahun lepas.
Dalam pada itu, pasangan tersebut juga mendedahkan sudah bersedia untuk memiliki anak pada tahun ini bagi mengeratkan lagi ikatan perkahwinan.