Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elizabeth Tan Akui Sudah Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan

elizabeth tan kahwin

Tiada angin tiada ribut, peminat dikejutkan dengan beberapa foto perkahwinan selebriti Elizabeth Tan yang pada asalnya dimuat naik di laman Facebook milik ayahnya.

Advertisement

Penuh dengan persoalan, akhirnya Elizabeth Tan ataupun lebih mesra dipanggil Lizzy mengesahkan bahawa dia sudah pun bergelar isteri kepada ahli perniagaan bernama Siew Jim dalam satu majlis ringkas kelmarin.

Elizabeth Tan

Tidak berkongsi berita gembira itu dengan semua, penyanyi dan pelakon itu memohon maaf dan menganggap bahawa ia adalah perkara yang kecil sahaja.

“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.”

Menurutnya, majlis bermakna itu diadakan secara sederhana dan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) selain disertai oleh 10 orang tetamu sahaja.

Tambah Lizzy, dia merasakan bahawa perkahwinan itu adalah satu perkara yang sangat peribadi buatnya malah menegaskan bahawa dia masih lagi kekal sama.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media. Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Advertisement

Tahniah kepada pasangan ini!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Elliza Razak

    March 22, 2021 at 7:12 pm

    SEMOGA BERAMBUS DARI INDUSTRI INI. MENYEMAK KAT INDUSTRI INI ADALAH.

  2. anonymous

    March 22, 2021 at 9:50 am

    ish ish ish…ter bau kedengkian yg mendalam

  3. Brunes

    March 22, 2021 at 9:44 am

    dia ni keluarkan statement bagai famous tahap Mizz Nina je.. kalau sekadar penyanyi youtube ke radio no one cares ko kawin kah idok sedar lah sikit. org yg minat awak tu only for the wrong reasons not because of your talent.. eh talent ke?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top