Pengakuan penyanyi Elizabeth Tan menerusi akaun Twitternya baru-baru ini membuatkan ramai jejaka tidak keruan.
Bukan sahaja mengidamkan seorang lelaki yang penyayang, Lizzy juga mengakui beliau tertarik dan mengidamkan lelaki yang handal bermain bola sepak.
Status itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ramai juga lelaki yang cuba ‘memikat’ Lizzy dengan memuat naik foto mereka bermain bola sepak. Tentunya semua mengakui mereka mahir dalam sukan tersebut.
Nampaknya mereka yang pandai main bola sepak bolehlah cuba untuk mengorat Lizzy. Tunjukkan ‘skill’ anda yang hebat. Heh..