Elisya Sandha Menangis, Terkejut Suami ‘Surprise’ Gelang Emas – “Walaupun Dia Dalam Kepayahan…”

Hiburan

Elisya Sandha Menangis, Terkejut Suami ‘Surprise’ Gelang Emas – “Walaupun Dia Dalam Kepayahan…”

Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan air mata dan menangis selepas menerima kejutan hadiah gelang emas daripada suaminya, Uzair Haqimy.

Menerusi hantaran di Instagram, aktres berusia 26 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas membuka kotak berisi gelang emas berkenaan.

Advertisement

Elisya juga didengari bertanya kepada suaminya mengapa membazirkan duit dan berkata seharusnya Uzair menyimpan duit miliknya memandangkan dia boleh membeli sendiri hadiah sebegitu.

Elisya Sandha

Kongsi Elisya lagi, sebelum ini dia menyuarakan secara bersahaja tentang emas ketika menemani Uziar membeli hadiah untuk ibu mentua, Sheila Rusly.

Namun dia tidak menyangka kata-kata diambil serius oleh suaminya yang memberi kejutan kepada Elisya pada keesokan harinya.

Saya cakap dekat suami, ‘cantik kan b? Tapi emas mahal la sekarang, nanti lah beli kalau ada rezeki lebih’. Sejujrunya yang buat saya menangis sebab ia bukan tentang harga, tetapi tentang cinta di sebaliknya.

Meskipun dia sedang dalam kepayahan, dia masih memilih untuk membuat saya tersenyum. Thank you sayang! Semoga rezeki you semakin murah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Menjengah ruangan komen, ramai akui turut berasa sebak dengan situasi itu dan memuji Elisya Sandha kerana sentiasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

Farah Wen bagi bekal caviar
2025-09-19 14:33:38

Pempengaruh Beri Anak Bekal Tiga Tin Caviar, Netizen Menangis Bayangkan Harga - "Satu Bekas Pun Dah Pengsan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...