Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elicia Juara Mentor Milenia 2017, Usop Raih Tempat Kedua

Semalam, konsert akhir Mentor Milenia 2017 telah pun berlangsung. Keputusan yang diumumkan agak mengejutkan apabila Elicia, protege kepada Akim telah dinobatkan sebagai juara sekaligus wang tunai RM100,000, trofi, telefon bimbit dan pakej percutian ke London. Rata-rata para peminat sebelum ini menjangkakan Usop bakal bergelar juara. Namun Usop yang merupakan protege kepada Hazama berjaya meraih tempat kedua dan membawa pulang RM50,000.
mentor milenia

Di tempat ketiga, Mohamad Rozaimi Rosli, 20, atau Along yang juga protege Tomok, berpuas hati dengan wang tunai RM20,000 dimenanginya selepas mempertaruhkan lagu Merisik Khabar dan Memori Berkasih. Sementara itu protege kepada Black, Nur Syaheera Abd Aziz, 19, meraih tempat keempat dengan lagu Sekadar Di Pinggiran dan Di Pintu Syurga. Syeera memenangi wang tunai RM10,000.
mentor milenia

Advertisement

Untuk makluman, peserta diadili juri tetap dan jemputan yang mewakili 50 peratus, manakala selebihnya juri awam sebanyak 30 peratus dengan baki undian penonton. Tahniah diucapkan kepada semua protege Mentor Milenia 2017. Semoga dengan kemenangan ini, bakat mereka di dalam industri nyanyian akan terus berkembang. Good luck and all the best. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top