Mesti korang pernah tengok produk ni kat mall atau Watsons dan terus assume “Eh ni brand Korea ke?” Tapi sebenarnya… Elianto ni jenama MALAYSIA guys! 😱 Dalam dunia kecantikan yang penuh dengan jenama antarabangsa, siapa sangka yang Elianto dah sebati dalam hati pengguna tempatan sebagai jenama kita sendiri.
Mesti ramai yang salah anggap jenama ni dari Korea kan? Dulu mungkin hanya dikenali oleh segelintir, tetapi kini, Elianto tampil meraikan 20 tahun sebagai jenama tempatan yang berjaya, dengan pencapaian terbaru tersedia secara rasmi di 132 cawangan Watsons di seluruh Malaysia.
Bukan jenama Korea, tapi jenama kebanggaan Malaysia
Dengan nama yang macam K-Beauty dan packaging yang nampak eksklusif, memang senang orang tertipu. Tapi hakikatnya, Elianto ni 100% jenama MALAYSIA! Ramai yang terkejut bila tahu jenama ni bermula dan berkembang kat sini, tapi itu lah kekuatan Elianto berjaya berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa sampai orang ingat produk luar negara.
Sambut 20 tahun penuh gemilang
Tahun ini, Elianto menyambut ulang tahunnya yang ke-20, satu pencapaian besar dalam industri yang sentiasa berubah. Untuk meraikan detik bersejarah ini, Elianto kini mengambil langkah besar dengan rancangan untuk memasuki 600 cawangan Watsons seluruh Malaysia menjelang akhir tahun.
Ini bukan sahaja memudahkan akses pelanggan sedia ada, tetapi juga membuka peluang untuk pelanggan baru menemui kehebatan jenama ini.
Jom beramai-ramai ke IOI City Mall, Putrajaya
Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Elianto turut mengadakan Watsons Brand Launch Roadshow di IOI City Mall, Putrajaya. Ini adalah sebuah acara penuh warna-warni yang menyatukan peminat setia Elianto.
Di sini, pelanggan dapat mencuba produk secara langsung, mengenang nostalgia produk kegemaran mereka yang pernah digunakan dan meraikan semangat menyokong jenama tempatan.
Kenapa Elianto jadi pilihan ramai?
Daripada foundation dan gincu bibir, sehinggalah ke wangian yang memikat dan palet eye shadow, Elianto kekal komited untuk menyediakan pilihan produk yang berkualiti tinggi, halal, dan mesra pengguna pada harga yang tidak membebankan.
Walaupun harganya berpatutan, produk Elianto tetap menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Dibuat untuk semua dengan warna dan tekstur yang sesuai untuk pelbagai tona kulit wanita Asia.
Ringan dan tahan lama, memang sesuai sangat untuk dipakai setiap hari, terutamanya dalam cuaca panas dan lembap macam Malaysia ni.
Trend terkini? Jangan risau, Elianto ada koleksi warna yang versatile dan ikut musim, jadi senang nak sesuaikan dengan mood harian.
Sama ada anda suka Velvet Matte Compact Powder untuk hasil wajah yang smooth, atau Perfumed Body Mist yang segar sepanjang hari, produk Elianto memang direka untuk naikkan seri semula jadi dengan mudah dan sekarang, lagi senang nak dapat sebab dah ada di Watsons seluruh negara!
Dalam era di mana kita sering mengagumi produk luar, kisah Elianto menjadi inspirasi bahawa jenama tempatan juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.
Jangan lupa follow Elianto di laman sosial
Untuk maklumat lanjut atau mahu terus dapatkan produk Elianto secara online, kunjungi website, laman sosial dan Tik Tok Shop Elianto di sini:
Website: https://eliantocosmetics.com/
Facebook: https://www.facebook.com/eliantomakeup/
Instagram: https://www.instagram.com/eliantomakeup_official/
Tik Tok: https://www.tiktok.com/@elianto.official
Tik Tok Shop: https://vt.tiktok.com/ZSh6kHmYP/?page=TikTokShop