January 18th, 2017

Gara-gara kenyataan beliau yang sedia dipinang lelaki baru-baru ini, pelakon Elfira Loy dan keluarga dihujani dengan pelbagai persoalan mengenai isu berkenaan dan turut ada lelaki yang ingin melamar Elfira.

el-1

Benda (laporan) itu memang mengejutkan bagi saya untuk permulaan tahun baru ini. Bayangkan saya dan mama (ibu) ‘dihujani’ macam-macam soalan tentang kononnya saya bersedia menerima pinangan daripada mana-mana lelaki.

Pening kepala saya dan keluarga menangani isu ini sejak ia dilaporkan media minggu lalu.

Elfira akui beliau merasa tertekan kerana ia mencetuskan salah faham yang agak besar serta seakan menunjukkan beliau terdesak untuk mencari pasangan.

Mama saya bising sebab saya cakap benda-benda begitu kepada umum. Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah saya tak mahu ‘bercinta kosong’ dan ‘couple’ sehingga membuang masa tapi biarlah bertunang terus kalau sudah jumpa seseorang yang saya serasi.

el-2

Setelah menjelaskan perkara di atas, Elfira berharap masyarakat tidak lagi salah faham  dan keliru dengan apa yang beliau katakan sebelum ini.

Mungkin bagi sesetengah orang ia adalah isu remeh dan perkara yang biasa tapi tidak bagi saya. Saya bimbang kalau ia mencetuskan salah tanggapan yang berlanjutan. Harap selepas ini isu ini selesai.

el-3

Wah, nampaknya memang ramai lelaki yang meminati Elfira Loy dalam diam. Harap bersabar, kalau hendak kahwin bukan boleh tangkap muat sahaja bukan? Jangan ada salah faham lagi ye.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...