Ramadan pada tahun ini cukup istimewa buat Elfira Loy kerana ini merupakan kali pertama dia menyambutnya bertiga bersama suami dan cahaya mata sulungnya. Oleh sebab itu, dia begitu teruja menyediakan juadah yang cukup istimewa pada hari pertama berbuka puasa.
Menariknya, Elfira mempunyai kisah lucu yang ingin dikongsikan apabila semua lauk sudah terhidang dan ketika sedang menunggu azan Maghrib, dia baru menyedari terlupa untuk menanak nasi.
Terpaksalah semua ahli keluarganya berbuka puasa dengan kurma dan air terlebih dahulu serta menunaikan solat Maghrib sebelum menikmati juadah tersebut.
Kata Elfira, dia merasa sangat malu kerana sebelum itu dia sangat teruja untuk menjamah lauk yang dimasaknya.
Terhibur dengan cerita Elfira, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman lucu masing-masing ketika berpuasa.
Apa pula pengalaman lucu korang ketika puasa?

Z Sabri
April 28, 2020 at 3:12 pm
Itu maknanya orang media ramai tak suka dia :)
Anonymous
April 28, 2020 at 12:58 pm
Annoying la crta pasal dya ni yg ntah apa2…reporter mmg crita lain ke…aku tgk dri dya mula kawen smpai la skrg…reporter buat gosip yg ntah apa2…nk trmuntah…
Anonymous
April 28, 2020 at 10:45 am
penting nya gossip ni hahahaah..asal everytime cerita pasal dia je bende2 ntah pape
Nm Zahirah
April 28, 2020 at 10:24 am
Siannn lah dia ini. Kalau reporter update selalu psl statement bebal dia. Retis lain pun dok gelakkan dia.