Elfira Loy Terima Vaksin AstraZeneca, Akan Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

Hiburan

Elfira Loy Terima Vaksin AstraZeneca, Akan Kongsi Pengalaman Bersama Peminat

Pelakon Elfira Loy khabarnya antara barisan selebriti yang telah menerima vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca.

Perkara tersebut dihebahkan Elfira menerusi sebuah hantaran di Instagramnya sambil memaparkan foto dia memegang papan tanda ‘Saya Sudah Divaksin’ untuk tatapan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @elfiraloy

Elfira,28, difahamkan menerima suntikan vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

“Alhamdullilah, saya telah menunaikan tanggungjawab. Suntikan dos pertama selesai..” tulisnya di hantaran media sosial tersebut.

Katanya lagi, masih terlalu awal untuk di bercerita mengenai simptom namun akan berkongsikan pengalaman sesudah disuntik itu selepas tempoh 24 jam.

View this post on Instagram

A post shared by @elfiraloy

Dia dalam pada itu sempat memberikan pesanan kepada penerima-penerima vaksin agar tiba awal ke tempat pemberian vaksin kerana bimbang sesak dengan kehadiran orang ramai dalam satu-satu masa.

Terdahulu, antara selebriti yang telah menerima suntikan pertama vaksin adalah Kavitha Sidhu dan juga Datuk A.Aida.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...