March 12th, 2013

Sebenarnya Abang Nara pun perasan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Elfira Loy ketika menjadi pengacara Karpet Merah FFM25 baru-baru ini. Selain daripada gugup, Elfira juga tersalah sebut nama Normah Damanhuri dan tersalah tanya soalan kepada Izzue Islam.

elfira loy

Di pandangan mata Abang Nara, Elfira Loy juga nampak tidak selesa dengan pandangan mata yang melilau seolah-olah tidak sabar untuk menamatkan tugasnya. Namun itu satu perkara biasa lebih-lebih lagi ini kali pertama Elfira Loy menjadi pengacara untuk sebuah majlis siaran langsung. Kata Elfira:-

“Ini pengalaman pertama saya buat secara langsung dan tanpa skrip. Saya tidak tahu format siaran langsung, bila saya perlu berhenti untuk iklan dan sambung semula bercakap. Itu semua buat saya rasa gementar dan hilang kata-kata. Saya pula seorang saya cakap laju dan bila disuruh berhenti saya susah nak bercakap semula. Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki lagi, tapi bukan bermakna saya tidak boleh buat bidang pengacaraan ini. Saya tidak akan putus asa dan mengalah dengan kritikan orang.

elfira
Biasalah tue awal-awal mana ada terus power buat perkara baru. Yang penting belajar daripada kesilapan. Kalau tak buat silap, sampai bila pun tak akan power kan? Betul tak? Mungkin lepas ini Elfira boleh banyakan lagi kerja pengacaraan untuk memperbaiki mutu. Info asal Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...