Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elfira Loy Sudah Selamat Bertunang Dengan Faris K Anuar?

Baru sahaja berkenalan sekitar bulan Ramadhan lalu, pelakon Elfira Loy khabarnya sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Faris K Anuar iaitu lelaki yang bergambar mesra bersama beliau di tepian pantai sebelum ini.

Advertisement

Difahamkan Faris bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota, malah beliau juga merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk yang terkenal. Majlis pertunangan pasangan tersebut diadakan secara tertutup dan sederhana sahaja di rumah keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi tadi.

Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum. Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang. Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dan merencana untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini. Namun,  jodoh mereka tidak kesampaian  apabila sah putus tunang pada 18 Februari lalu.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

47 Comments

  1. Anonymous

    October 2, 2018 at 11:15 pm

    Kemaeuk sgt pmpuan nie nk org kaya.nmpk sgt takut laki tu lari, trs nk bertunang.klu laki tu tgglkan kau, br die rasa mcm pian rasa.rasain!

  2. Anonymous

    September 5, 2018 at 5:05 am

    You netizens are mean to the core.

  3. wanbunga

    September 4, 2018 at 11:54 pm

    Tunggu dia putus tunang kali kedua. This time belah lelaki yg putus.My prophecy

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top