Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elfira Loy “Sound” Netizen Pertikai Beliau Tak “Show Off” Isu Putus Tunang

Status sebenar hubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sehingga kini masih lagi menjadi tanda-tanya apatah lagi pelbagai khabar angin yang timbul mendakwa mereka sudah putus tunang minggu lalu. Penampilan Sufian yang kelihatan “serabut” serta “tidak terurus” di AJL  dan sering meluahkan kata-kata sedih menguatkan lagi dakwaan hubungan mereka sudah berakhir.

Menerusi akaun Instagramnya, Elfira ada menulis kapsyen mengatakan orang luar boleh berspekulasi tetapi tidak akan pernah mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. Walaubagaimanapun, Elfira tetap akan memaafkan dan melupakan setiap yang berlaku kerana itu adalah ajaran agama Islam.

Advertisement

Gara-gara muat naik tersebut, ada netizen mempertikaikan mengapa Elfira yang sebelum ini sering bercerita tentang kisah cintanya dan majlis pertunangan yang meriah tidak mahu pula “show off” apabila timbul isu putus tunang. Namun, respon yang diberikan oleh Elfira memang cukup padu.

Bukan semua yang ingin mengecam Elfira, ada juga peminat yang menasihati beliau untuk tidak ambil pusing dengan komen “haters” dan mendoakan agar pelakon itu tabah dengan dugaan yang beliau lalui sekarang.

Bak kata pepatah, manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Kalau benar mereka sudah putus tunang, anggap sahaja sudah tiada jodoh dan teruskan sahaja kehidupan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. mawar

    February 17, 2018 at 11:35 am

    alah…biarla diorg tu ,diorang punya hal kan ,asal kita plak nak sebok, kita doakan je yg leklok untuk diorang , tak yah nak anggap “DRAMA SANGAT”

    • Anonymous

      February 17, 2018 at 4:38 pm

      Diorg tu selebriti so normal la bila org bercakap pasal diorg. Mulut org tak boleh tutup. Tu pasal kena jaga imej diri elok2 sebab ramai org kenal. Kau pun tak boleh nak halang org dari keluarkan pendapat mereka.

  2. Kak beyonce

    February 17, 2018 at 10:35 am

    Tula dulu menunjuk sgt…bg bunga taik ayam la naik jet pejuang la kn dh mendapat…

  3. Marina Mohd Noor

    February 17, 2018 at 10:29 am

    Doa yg baik2 utk mereka..semoga dipermudahkan urusan…aminnn

  4. Anonymous

    February 17, 2018 at 10:14 am

    Pian.. ko xreti iron baju!!!!

  5. Pisang selalu dapat.

    February 17, 2018 at 9:04 am

    semakin lama lah budak miang ni nak dapat pisang…kena tunggu ya.

    For the time being pakailah jari sendiri ok…ha yg lain belum dapat pisang korang
    pun selalu aja pakai jari kan? jgn nak lagak alim lah….jari jadi saksi beb!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama