Elfira Loy “Sound” Netizen Pertikai Beliau Tak “Show Off” Isu Putus Tunang

Hiburan

Elfira Loy “Sound” Netizen Pertikai Beliau Tak “Show Off” Isu Putus Tunang

Status sebenar hubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sehingga kini masih lagi menjadi tanda-tanya apatah lagi pelbagai khabar angin yang timbul mendakwa mereka sudah putus tunang minggu lalu. Penampilan Sufian yang kelihatan “serabut” serta “tidak terurus” di AJL  dan sering meluahkan kata-kata sedih menguatkan lagi dakwaan hubungan mereka sudah berakhir.

Menerusi akaun Instagramnya, Elfira ada menulis kapsyen mengatakan orang luar boleh berspekulasi tetapi tidak akan pernah mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. Walaubagaimanapun, Elfira tetap akan memaafkan dan melupakan setiap yang berlaku kerana itu adalah ajaran agama Islam.

Advertisement

Gara-gara muat naik tersebut, ada netizen mempertikaikan mengapa Elfira yang sebelum ini sering bercerita tentang kisah cintanya dan majlis pertunangan yang meriah tidak mahu pula “show off” apabila timbul isu putus tunang. Namun, respon yang diberikan oleh Elfira memang cukup padu.

Bukan semua yang ingin mengecam Elfira, ada juga peminat yang menasihati beliau untuk tidak ambil pusing dengan komen “haters” dan mendoakan agar pelakon itu tabah dengan dugaan yang beliau lalui sekarang.

Bak kata pepatah, manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Kalau benar mereka sudah putus tunang, anggap sahaja sudah tiada jodoh dan teruskan sahaja kehidupan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...