Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elfira Loy “Sekolahkan” Golongan Bangga Tayang Aktiviti Raya Di Laman Sosial

elfira loy sambutan raya aidilfitri

Meskipun kerajaan hanya memberi kelonggaran melakukan aktiviti ziarah raya dilakukan pada 1 Syawal sahaja, namun sehingga kini masih ada sebilangan masyarakat yang kurang peka dengan maklumat tersebut.

elfira loy

Advertisement

Kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang masih tidak mahu mengikuti peraturan yang ditetapkan, pelakon Elfira Loy tampil menyuarakan pendapatnya di laman Instagramnya.

Menurut kenyataannya di “Insta Story”, Elfira dikhabarkan seakan mempertikai tindakan individu yang sengaja memaparkan aktiviti berkenaan di laman sosial sehingga menjadi ikutan ramai.

elfira loy sambutan raya aidilfitri

Pelakon ini turut mendakwa, menjemput orang, berjumpa rakan dan keluar bersiar itu merupakan pilihan anda sendiri namun situasi itu dianggap kurang enak kerana memaparkan perkara berkenaan di Instagram boleh menimbulkan pelbagai pendapat orang lain.

Bagaimanapun, Elfira turut menasihatkan golongan ini mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untyuk tidak berkongsi aktiviti berkenaan di laman sosial.

Advertisement

“Nak buat benda salah jangan show off la itu saja cerita dia. Simpan je kenangan itu.”

Hal ini kerana, aktiviti ziarah hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

elfira loy

Malah Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) turut menegaskan sambutan pada hari raya kedua adalah tidak dibenarkan sekali gus menyalahi SOP yang dikeluarkan kerajaan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. mak cik kiah

    June 1, 2020 at 3:13 pm

    SPM dia , English dpt berapa dulu ea ?

  2. nora

    May 31, 2020 at 10:16 am

    Salam semua. Apa yang penting ialah mesej yg ditekankan, semoga kita semua dapat menilai sesuatu dengan adil. Wallahualam

  3. Idli

    May 30, 2020 at 10:42 am

    Semak dulu tatabahasa sebelum letakkan status. Bukan apa, takut peminat awak baca dan ingat ianya penggunaan Bahasa Inggeris yang betul.

  4. Deeba

    May 30, 2020 at 2:32 am

    ‘Whats not nice….’
    Oh my malaylish…
    Think in english if you want to write in english.
    Never think in bahasa then write in englishhh..
    Tulis bm je la sayang oi…

  5. minah jambu say STAY AT HOME !!

    May 29, 2020 at 11:53 pm

    helo budak kecik dudok diam2 boleh tak…you jaga you punya kening suda la..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top