March 25th, 2018

Apabila ibu Elfira Loy iaitu Filzah Yusuff membuat kenyataan tentang isu putus tunang anaknya bersama Sufian Suhaimi menerusi akaun Instagram, ramai netizen yang beranggapan wanita tersebut terlalu lantang bersuara dan banyak mencampuri urusan percintaan anaknya sehingga ada yang menuduh beliau menjadi punca perpisahan pasangan itu.

Walaubagaimanapun, Elfira menyifatkan tindakan ibunya itu adalah untuk mempertahankan maruahnya berkaitan kes putus tunang. Sebagai anak, Elfira tidak dapat menahan sebaknya ketika ratu hatinya itu menerima kecaman hebat.

Selepas apa yang berlaku, emak sanggup ambil segala tuduhan kerana tak nak orang kutuk saya. Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk fasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita kuat.

Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap ayat buruk macam itu dekat mak orang lain, tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik.

Apa pun yang berlaku, Elfira tetap menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk beliau terus bangkit dan percaya apa yang dilakukan oleh Filzah merupakan perancangan yang terbaik.

Ibu mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anak mereka bukan? Siapalah kita untuk menghakimi tindakan ibu Elfira sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku disebalik kisah putus tunang yang terjadi.

Sumber Berita : mStar Online


37 responses to “Elfira Loy Sebak Ibu Jadi Mangsa Kecaman Netizen”

  1. Pemerhati says:

    Next time Elfira & family, please be responsible of your own action and decision. You don’t benefit from all this. Your girl behaviour was also in question. You only tarnish your own image. That’s y keep silence is better or else more aib will be exposed.

Loading...