Alhamdulillah. Elfira Loy telah pun mengesahkan bahawa dirinya telah pun berhijrah dan kini tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat. Keputusan ini telah dipendam lama oleh Elfira dan bersempena hari jadinya yang ke 21, pelakon genit ini telah nekad untuk melakukan perubahan ini. Tahniah diucapkan Elfira. Sesungguhnya keputusan ini pasti amat menggembira hati keluarga, teman rapat dan juga para peminat anda.
Elfira Loy juga turut mengesahkan yang perubahan inilah yang dimaksudkan dalam salah satu gambar yang dimuatnaik ketika Anugerah MeleTOP Era 2015 baru-baru ini. Walaupun ada yang cuba mengaitkan ia dengan perkahwinan bersama Baim Wong, namun itu ternyata tidak benar. Kata Elfira:-
Andaian itu semua tak benar (kahwin dengan Baim Wong). Saya sebenarnya pernah cakap kepada mama bahawa angka 21 tahun ini sebagai ruang terbaik untuk mengotakan apa yang saya pernah hajati ini. Perasaan mahu bertudung itu sudah lama.
Tapi bila belum bersedia sepenuhnya, saya belum berani menetapkan hati untuk ini. Jadi 8 Mac (hari ini) saya nekad bertudung sebagai simbolik seperti kelahiran semula.
Jika ada anggap angka 21 itu sebagai kunci kebebasan dan bagi saya pula adalah sebaliknya. Ia jadi kunci untuk saya terus memperbaiki dan mengubah diri. Insya-Allah menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Elfira Loy atas penghijrahan ini. Semoga ia tidak menjadi penghalang kepada Elfira untuk mengembangkan lagi karier seninya. Abang Nara perhatikan semakin hari semakin ramai selebriti tak kira tua muda yang mula mengikut tuntutan Islam. Semoga ia turut sama memberi impak positif kepada dunia hiburan serta para peminat mereka. Sumber Berita Harian.