Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elfira Loy Redha Putus Tunang, Masih Berkawan Dengan Sufian Suhaimi

Selepas seminggu terlerainya ikatan pertunangan bersama Sufian Suhaimi serta dihimpit dengan pelbagai spekulasi, akhirnya pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan punca mereka membuat keputusan untuk berpisah. Menurut Elfira, beliau sudah redha dengan segala ketentuan takdir dan tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

Advertisement

Saya lebih tenang dan redha di sebalik apa yang terjadi. Semua yang berlaku antara kami juga menjadi memori terbaik. Ia tetap rezeki dan kebahagiaan yang pernah saya kecapi, biarpun seketika. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

Saya tahu, pertunangan menjadi fasa untuk lebih mengenali. Keputusan yang diambil pula adalah atas persefahaman dan persetujuan keluarga kami. Ia bukan dilakukan antara saya dan Sufian semata-mata.

Elfira turut menafikan dakwaan kononnya ibu beliau menjadi punca terputusnya ikatan pertunangannya dengan Sufian.

Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik. Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.

Walaupun tiada jodoh untuk mendirikan rumah tangga, kedua-dua selebriti ini masih lagi berkawan baik dan enggan mendedahkan punca sebenar mereka berpisah. Biarlah ia menjadi rahsia Elfira dan Sufian serta keluarga mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 Comments

  1. anon

    February 26, 2018 at 12:01 pm

    dulu si pian ko treat birhday naik helikopter
    yg yg baru ni pun kau treat birthday dia juga kan
    ternayta kening tebal mmg tak jujur

  2. wak lus

    February 26, 2018 at 11:55 am

    kau dah jumpa someone masa kau umrah
    kau amik keputusan putus kau terus ke new york
    perangai jenis apa ko ni ??
    jenis pendusta macam kau ni tak akan jumpa kebahagian

  3. Berduit

    February 26, 2018 at 11:13 am

    Sila tgk ig Asyraff Mazlan. Bukti El met someone better than Sufian

    • simpati.girl

      February 26, 2018 at 12:09 pm

      Aah, tengok dah. nampak mcm kaya giler je mamat tu. kereta mewah je dia pakai.. patutlah pian dia humban terus . kesian pulak kat pian. :'(

  4. ifa

    February 26, 2018 at 10:43 am

    udah lah…lets move on from this stupid stori.,..bukan hang saja putus tuning elfira and suhaimi ouiiiiiiiiiiiiiiiiiii ramai lagi dalam donia ni………………..nara ouiii buat lah cerita yang membina semangat bukan stupid stori like this…esuk sufian balas balik then mak elfira then bapa elfira then keluarga suhaimiiiiiiiiiiiiii…..pening

  5. mamadog

    February 26, 2018 at 10:26 am

    kata selesaikan cara baik…

    tapi mamacat tak abis-abis cakap pasal penipu kat insta dia kenapa?

    sapa yang tipu dan menipu..mcm perli-memerli..

Loading...
To Top