Selepas seminggu terlerainya ikatan pertunangan bersama Sufian Suhaimi serta dihimpit dengan pelbagai spekulasi, akhirnya pelakon Elfira Loy tampil menjelaskan punca mereka membuat keputusan untuk berpisah. Menurut Elfira, beliau sudah redha dengan segala ketentuan takdir dan tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.
Saya lebih tenang dan redha di sebalik apa yang terjadi. Semua yang berlaku antara kami juga menjadi memori terbaik. Ia tetap rezeki dan kebahagiaan yang pernah saya kecapi, biarpun seketika. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.
Saya tahu, pertunangan menjadi fasa untuk lebih mengenali. Keputusan yang diambil pula adalah atas persefahaman dan persetujuan keluarga kami. Ia bukan dilakukan antara saya dan Sufian semata-mata.
Elfira turut menafikan dakwaan kononnya ibu beliau menjadi punca terputusnya ikatan pertunangannya dengan Sufian.
Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik. Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup.
Walaupun tiada jodoh untuk mendirikan rumah tangga, kedua-dua selebriti ini masih lagi berkawan baik dan enggan mendedahkan punca sebenar mereka berpisah. Biarlah ia menjadi rahsia Elfira dan Sufian serta keluarga mereka.
Sumber Berita : BH ONLINE / mStar Online
fishball
February 26, 2018 at 8:28 pm
NOBODY CARES. BYE!
Anonymous
February 26, 2018 at 5:51 pm
el ni nak tackle lelaki pakai duit rupanya.. kesian.. tak laku ke? el ni yg playgirl.. huhuhu
Hehehe
February 26, 2018 at 5:41 pm
Boipren baru elfira tu lebih beriman ke dari supian??? Mak dia nk yg lebih beriman..bukanya nye lebih kayo kan makcik kan…
mimilofa
February 26, 2018 at 3:58 pm
jawapan yang matang dari El. takpe move on, nanti akan jumpa yang lagi baik ya.