Sudah membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda bersama penyanyi Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy merasa pelik dengan sesetengah netizen yang mempertikaikan keputusannya itu selain mendakwa beliau dan Sufian tidak sesuai bersama.Elfira mempunyai alasan beliau tersendiri dan berpendapat perkara yang baik tidak seharusnya dilengahkan.
Kenapa perlu lengahkan sesuatu perhubungan apabila kedua-dua pihak berasa selesa dan keluarga pun merestui? Saya rasa sudah tiba masanya untuk melanjutkan hubungan ini daripada bercinta lima hingga enam tahun dan apa-apa boleh berlaku ketika itu.
Saya sudah bersedia dan sepatutnya semua wanita pun perlu berbuat demikian apabila tiba masanya. Barang kali mereka melihat Sufian masih remaja tetapi dia sebenarnya sudah matang. Mereka belum bercakap dengannya dan mengetahui bagaimana corak pemikirannya.
Untuk pengetahuan semua, Elfira dan Sufian merencana untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Terdahulu, keluarga Sufian menghantar rombongan merisik dan menghadiahkan sebentuk cincin pada 1 Julai lalu.