Elfira Loy Nafi Hubungan Rumah Tangga Dengan Suami Goyah – “Suka Sangat Buat Fitnah”

Hiburan

Elfira Loy Nafi Hubungan Rumah Tangga Dengan Suami Goyah – “Suka Sangat Buat Fitnah”

Pelakon Elfira Loy tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan rumah tangganya bersama suami, Muhammad Faris kini sedang bergolak.

Dakwaan itu timbul setelah pelakon itu berkongsi rasa sedih di media sosial sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.

Advertisement

Ujar Elfira, perkongsiannya itu tiada kaitan dengan keadaan perkahwinannya dan meluahkan rasa kecewa kerana menjadi mangsa fitnah sesetengah pihak.

Suka hati saja dia nak kaitkan dengan rumah tangga. Memang suka mendatangkan fitnah ke? Orang perlu tahu yang perempuan bukan bersedih sebab lelaki saja. Banyak benda boleh buat rasa sedih.

Contohnya pengorbanan karier, kawan menjauh, kena fitnah atau tak dapat buat apa yang dia suka disebabkan orang lain.

Terlalu geram dengan komen-komen yang dilemparkan netizen di media sosial, Elfira meminta agar semua pihak berhenti menyebarkan fitnah yang memburukkan dirinya.

Berhentilah! Perlu muat naik gambar bercium (dengan suami) ke baru nak percaya?

Kepada netizen yang tambah perisa dalam ruangan komen, memang teringin sangat nak rasa panas api neraka? Mulut itu macam tak boleh nak cakap baik-baik.

Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nora ariffin standby lawyer, anak tiri
3 weeks ago

Anak Tiri Rancang Nak Dedahkan Rakaman Suara Maki Hamun, Nora Ariffin Dah 'Standby' Dengan Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...