Elfira Loy Menangis Kongsi Momen Perit Dalam Hidup – “Beban Paling Berat Bila Putus Tunang, Orang Ejek & Menyanyi Depan I..”

Hiburan

Elfira Loy Menangis Kongsi Momen Perit Dalam Hidup – “Beban Paling Berat Bila Putus Tunang, Orang Ejek & Menyanyi Depan I..”

Baru-baru ini, melalui platform TikTok, tular video memaparkan klip pendek daripada keratan temubual pelakon, Elfira Loy bersama Dayah Bakar yang menceritakan momen perit dalam hidupnya.

Hal yang mencuri perhatian apabila Elfira terbuka hati untuk menceritakan keperitan serta bebanan yang dilalui dalam hidupnya.

Advertisement

Putus tunang merupakan momen perit dalam hidup

Antara momen yang terendah yang pernah dilalui oleh pelakon itu apabila dirinya putus tunang dengan seorang penyanyi dan hal itu menjadi bahan jenaka orang ramai.

Kena besarkan adik daripada umur 12 tahun. I rasa itu beban yang terberat dah tapi sebenarnya yang lagi berat adalah bila I putus tunanglah. Sebab I tak sangka orang boleh buat I macam tu..

Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mengatakan sebelum ini dia tidak pernah bercerita dan mendiamkan diri kerana tahu hal tersebut akan diperbesarkan lagi.

@skippyyippyy #elfiraloy #family #life ♬ original sound – skippyippy

‘I pergi mana-mana orang ejek, I tak okay..’

Katanya lagi, momen tersebut merupakan hal paling besar yang pernah berlaku dalam hidupnya kerana ketika itu dirinya menjadi tumpuan ramai.

Dekat mana-mana I pergi, orang akan buat lawak pasal I. I pergi mall orang akan gelak-gelakkan I. Lepas tu nyanyi-nyanyi lagu. I tengah makan, orang akan ejek-ejek I. I rasa orang ingat I okay tapi sebenarnya I memang tak okay.

Susulan rasa seperti tiada tempat untuk dituju, Elfira lebih banyak luangkan masa di masjid dan disaat itu merupakan perubahan besar dalam hidupnya.

Dekatkan diri dengan Allah SWT

I rasa tak ada siapa yang boleh back-up I. So I cuma bercakap dengan Allah SWT dan dengan my mom pun I tak cakap sebab dia marah I tak pertahankan diri.

Sekadar info, Elfira Loy pernah bertunang dengan penyanyi dikenali ramai iaitu Sufian Suhaimi pada tahun 2017 tetapi membuat keputusan untuk putus pada tahun berikutnya.

Elfira Loy nafi rumah tangga bergolak
6 months ago

Elfira Loy Nafi Hubungan Rumah Tangga Dengan Suami Goyah - "Suka Sangat Buat Fitnah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...