Sedang mengerjakan ibadah umrah, pelakon Elfira Loy masih lagi diganggu dengan tuduhan dimana seorang peminat mendakwa beliau berlagak sombong dan acuh tak acuh ketika disapa.
Peminat itu tidak menyangka beliau akan menerima layanan sebegitu sedangkan Elfira agak peramah di Instagram.
Tidak pernah berniat untuk bersikap dingin seperti yang dikatakan, Elfira tampil memohon maaf kepada peminatnya itu. Menurut Elfira, sebagai seorang selebriti beliau sentiasa cuba yang terbaik untuk melayan peminat.
Elfira menganggap apa yang dikatakan adalah satu teguran buat dirinya dan tidak merasa marah terhadap individu terbabit. Baguslah jika Elfira tidak cepat melatah, kadang-kadang orang diluar sana cepat salah sangka dan membuat tuduhan yang bukan-bukan. Biasalah, peminat cuma mahu selebriti kesayangan memberikan tumpuan kepada mereka.