Elfira Loy Dituduh Cari Pasangan Untuk Bantu Selesaikan Masalah Hutang

Hiburan

Elfira Loy Dituduh Cari Pasangan Untuk Bantu Selesaikan Masalah Hutang

Semakin panas nampaknya dengan gosip Elfira Loy sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang agak berada. Mula-mula, ada yang kata Elfira sekadar buat gimik sahaja, terbaru timbul pula dakwaan mengatakan beliau hanya mengambil kesempatan terhadap hubungan cinta yang terjalin dengan lelaki itu.

Advertisement

Menerusi akaun Twitter, seorang individu menuduh Elfira sanggup bercinta dengan sesiapa sahaja hanya untuk membantu beliau menyelesaikan hutangnya.  Malah, aktres itu sengaja memutarbelitkan cerita ada orang ingin menjatuhkannya sedangkan Elfira tidak pernah mahu membayar hutang tersebut.

Tidak berdiam diri dengan segala tuduhan liar dan penghinaan yang dilempar kepada dirinya, Elfira tampil membalas ‘tweet’ berkenaan. Namun, beliau tidak mengeluarkan sebarang kata-kata kesat dan membalasnya dengan ayat yang cukup ringkas dan tenang sekali.

Walaubagaimanapun, individu itu tidak mengalah dan tetap bertegas bahawa Elfira sememangnya mahu lari dari bayar hutang dan sudah pun muflis.

Tiada gunanya berperang di media sosial, selesaikan semua masalah ataupun rasa tidak puas hati dengan cara yang lebih matang. Jangan buat tuduhan liar jika tidak ada bukti yang cukup.

Sumber Berita : Twitter Sarah Z

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...