Elfira Loy baru saja melangsungkan pertunangan dengan pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi, Faris K. Anuar. Majlis pertunangan itu dilangsungkan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.
Namun begitu, seorang gadis telah menulis komen di akaun Instagram Elfira, berkata bahawa kini Elfira sudah boleh menyelesaikan segala hutang, termasuk yang dibuat oleh adiknya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Gadis itu yang menggunkan handle @farizaismailofficial meminta Elfira mengingatkan adik lelakinya untuk membayar hutang yang telah dibuat bertahun lamanya, menurut gadis itu.
Gadis itu mendakwa adik lelaki Elfira boleh mengubahsuai kereta namun mengabaikan untuk membayar hutang. Dia telah meninggalkan komen di akaun Instagram pemuda itu, namun ia sering dipadamkan.
Dia juga mendakwa ‘resit total bayaran’ telah dihantar berulang kali.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang maklumbalas dari Elfira mahupun adiknya berkenaan hutang yang dimaksudkan. Komen-komen ini telah disalin ke Twitter dan menjadi viral.
Sehingga kini ia sudah diretweet lebih 3,000 kali.
Mungkinkah terdapat salah faham dalam hal ini? Apa pun hal hutang memang sepatutnya diutamakan untuk dilangsaikan, terutamanya apabila kita boleh menggunakan wang kita untuk perkara-perkara berbentuk kehendak. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com
Sumber: Dylawok